Tuesday, 17 January 2017

Filled Under:

Jodoh Tak Sampai Seminggu

Jodoh Tak Sampai Seminggu


Jodoh Tak Sampai Seminggu|IPOH: Seorang wanita yang baru berkahwin Jumaat lalu, meninggal dunia malam tadi selepas kenderaan yang dipandu suaminya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Kerian, semalam.
Mangsa, Nur Fazlina Fazil, 25, yang parah dibawa ke Hospital Taiping (HT) namun meninggal dunia malam tadi manakala suaminya, Muhammad Hisyamuddin Yunus, 25, hanya cedera ringan.
Suasana pilu menyelubungi majlis pengebumian jenazah Nur Fazlina yang dikebumikan di Tanah Perkuburan dan Wakaf Am Islam Keriah Rapat Setia, dekat sini pada jam 10 pagi tadi.
Rata-rata ahli keluarga serta rakan-rakan arwah menitiskan air mata apabila Muhammad Hisyamuddin membacakan talkin dalam keadaan sebak. Dalam kejadian itu, pasangan itu difahamkan dalam perjalanan dari sini menghala ke Kulim, Kedah.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kenderaan yang dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan terbabas sebelum merempuh pembahagi lebuh raya, menyebabkan Nur Fazlina parah dan suaminya cedera ringan.
Katanya, anggota bertugas turut menemui sejumlah wang tunai dan beberapa barangan peribadi di dalam kereta mangsa.





0 comments:

Post a Comment